SELAMAT HARI JADI,MAK


Semalam, 8 June 2009 adalah ulangtahun mak saya yang ke 63. Oleh kerana nak buat suprise
untuk mak, saya & kakak arrange untuk mengadakan party hari jadi mak 2 hari lebih awal
- 6 June 2009, selepas berlangsungnya majlis akad nikah sepupu saya. Merah padam muka mak menahan malu di hadapan sedara mara sebelah abah..hehehe...mengalahkan pengantin yang baru lepas kena nikah..Untuk hadiah mak, saya menyediakan sebiji moist choclate cake bertoppingkan buttercream dan ros-ros putih kegemaran mak..Seawal pagi saya bangun untuk
bake kek untuk mak...punya lah excited nak buat
suprise!! Sejujurnya saya memang bukan spesis anak mak, tak rapat pun dengan mak..nak sebut I Love You Mak pun, saya terkebil-kebil.. nak bercerita hal-hal wanita..uishh..jauh sekali :D...tak tahu lah kenapa..tapi satu yang pasti, saya salute semangat mak..memang mak
"super" cuma kadang-kadang emosi dia lebih ( bab nie saya surrender, sebab tak reti nak pujuk). Dan satu lagi, yang pasti- saya tak bersedia jika mak tiada..mesti saya tak dapat dengar luahan hati mak, masakan mak dan yang penting ngilaian ketawa mak..Aksi mak memang menjadi bahan ketawa saya & adik beradik..SELAMAT HARI LAHIR MAK!

No comments:

Post a Comment